Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Isu keselamatan siber kekal diberi perhatian utama

    KUALA LUMPUR, 28 MAC – Keselamatan siber kekal sebagai antara isu yang menjadi perhatian utama Malaysia susulan peningkatan mendadak kes yang dilaporkan di negara ini.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata jumlah kes yang direkodkan berkaitan buli siber, pemalsuan, pencerobohan, memancing data dan penipuan e-mel meningkat hampir sekali ganda.

    Beliau berkata pada 2019, kira-kira 13,000 kes jenayah siber dilaporkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM539 juta dan bilangan itu telah meningkat kepada 17,000 kes dalam tahun 2020.

    Tahun lepas, bilangan kes meningkat kepada lebih 20,000 dengan jumlah kerugian RM560 juta manakala setakat Februari 2022, bilangan kes yang dilaporkan ialah 3,273 dan kerugian yang terlibat berjumlah RM114 juta.

    “Banyak ancaman semasa dan baru muncul membabitkan teknologi baharu yang tidak pernah didengar dalam tempoh sedekad lepas. Pada masa sama, landskap keselamatan negara ketika ini berubah lebih pantas berbanding sebelum ini.

    “Oleh itu, mengikuti perubahan ini adalah antara cabaran terbesar pertahanan dan keselamatan negara di rantau kita,” katanya ketika berucap pada perasmian Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.

    Selain mempamerkan teknologi dan perkhidmatan terkini, Hamzah berkata DSA adalah platform penting untuk menggalakkan pembinaan kapasiti dan mewujudkan perkongsian asing yang saling menguntungkan, selaras dengan objektif untuk mengukuhkan pertahanan dan keselamatan serantau.

    Pameran DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 bermula dari 28 hingga 30 Mac akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...