Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Isu ‘kotak rampasan’ permainan video dikesan

    MADRID, 5 JUN – Kerajaan Sepanyol dalam beberapa hari akan membentangkan draf rang undang-undang untuk mengawal selia ‘kotak rampasan’ permainan video yang perlu dibayar oleh pengguna, kata seorang menteri pada Jumaat lalu, memberi amaran tentang risiko ketagihan terhadap golongan muda.

    Ciri yang semakin biasa dalam kebanyakan permainan video, ‘kotak rampasan’ merupakan senjata dan peralatan maya yang boleh dibeli oleh pemain untuk meningkatkan kehebatan atau status mereka dalam permainan.

    Walau bagaimanapun, tidak semua kotak mengandungi alat yang berguna dan pemain hanya boleh melihat apa kandungan di dalamnya selepas melakukan bayaran, menyebabkan kritikan meluas kerana menggalakkan tingkah laku yang serupa dengan yang dikaitkan dengan perjudian. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...