Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Isu kuarantin perlu pendekatan alternatif

    Negara Brunei Darussalam seperti negara lain di seluruh dunia turut dihambat jangkitan COVID hampir tiga tahun dan meskipun tidak pernah melaksanakan perintah berkurung berskala penuh, beberapa sekatan dan penutupan negara kepada orang luar dilaksanakan.

    Kelmarin, menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab persoalan mengenai salah satu isu kuarantin dan sama ada negara akan beralih kepada pembukaan perjalanan tidak lama lagi.

    Isu kuarantin bagi warga asing dan warga tempatan dari luar negara sememangnya agak besar kerana dengan kes yang berkurangan dan negara-negara serantau dan jiran mula membuka pintu sempadan, ia boleh dipertimbangkan dibuat di rumah atau dikurangkan atau ditiadakan langsung dalam usaha menarik pengembara asing.

    Ya mungkin Brunei jarang disinggahi, namun ada ramai yang berminat untuk mengetahui tentang negara ini dan ada ramai keluarga yang ingin bertemu dengan sanak saudara mereka di sini namun isu kuarantin ini membuatkan ramai yang keberatan atau berfikir dua tiga kali. Kuarantin di rumah atau pengurangan kuarantin kepada seminimum mungkin mampu menyelesaikannya. Diharap pihak relevan dapat mempertimbangkannya.

    Malahan bukan itu sahaja, warga asing yang pulang kerana ada urusan penting ke negara asal mereka dan kembali ke sini pastinya akan turut lega jika ia dipertimbangkan serta dilaksanakan di rumah kerana mereka sudah pun ada kediaman tersedia.

    Seperti negara-negara lain, hidup bersama COVID sudah menjadi sasaran besar mereka kerana jika menunggu COVID reda atau langsung tiada, menjadi sesuatu yang sukar bukan sahaja bagi ekonomi negara terbabit, malahan kehidupan dan sosial manusia. Maka, mungkin sudah tiba masanya pihak relevan mempertimbangkan pelbagai perkara yang boleh memastikan kehidupan kembali normal.

    QO o QO

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...