Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Isu pecah kereta semakin berleluasa

    Isu pecah kereta semakin berleluasa di negara kita, di mana baru-baru ini saja, tiga kes seumpamanya telah tular di laman media sosial.

    Apa yang mengejutkan lagi si pelaku sudah berani melakukan jenayah di tempat terbuka yang boleh saja dilalui oleh orang ramai.

    Sebagaimana yang terjadi ke atas dua tetamu majlis perkahwinan yang dipecah keretanya baru-baru ini, jika difikirkan, kawasan itu terbuka dan setentunya ada pengawal yang bertugas meronda kawasan berkenaan.

    Namun adakah semasa kejadian itu berlaku tiada pengawal yang meronda? Dan setahu saya kawasan itu juga tidak memiliki sebarang CCTV untuk memantau kawasan tersebut.

    Satu lagi kes berlaku di kawasan perkuburan di lebuh raya Jerudong-Tutong, di mana sebuah kereta juga telah dipecah.

    Daripada maklumat yang saya dapati, mangsa baru saja kehilangan ahli keluarga namun sudah ditimpa dengan masalah kecurian ini.

    Begitu tega si pelaku menambahkan beban masalah orang yang dalam kesusahan.

    Namun, siapakah yang patut dipersalahkan?

    Adakah disebabkan oleh kecuaian pemilik yang meninggalkan barang yang berharga dalam kenderaan mereka? Jika ya, pada pendapat saya, mangsa di kawasan tanah perkuburan itu tidak lagi akan memikirkan untuk menyimpan barangnya.

    Manakala, adakah perlu dipersalahkan pengawal keselamatan yang tidak melakukan rondaan atau ketiadaan CCTV.

    Sebenarnya sukar untuk menuding jari ke arah sesiapapun.

    Apa yang dapat diperkatakan, si pelaku sudah tampak terdesak melakukan jenayah.

    Manakala orang ramai seharusnya meningkatkan kewaspadaan dan tidak lalai terhadap barangan berharga yang diletakkan di dalam kenderaan.

    Pemandu

    Isu pecah kereta semakin berleluasa di negara kita, di mana baru-baru ini saja tiga kes telah tular di laman media sosial. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...