Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu pemilikan tanah di Afrika Selatan diperdebatkan

    VEREENIGING, Afrika Selatan – “Kami tinggal macam sardin sementara petani kulit putih tinggal di tanah berhektar-hektar luasnya. Pulangkan tanah kami!” isytihar Nthabiseng Tshivhenga, seorang kakitangan awam kulit hitam. Pengantaraan beliau menerima pujian pada satu mesyuarat awam yang dianjurkan oleh parlimen mengenai isu amat sensitif tentang pembaharuan pemilikan tanah di Afrika Selatan.

    “Maruah nenek moyang kami dirampas menerusi penjajah kejam,” yang merampas tanah, kata beliau.

    “Kebanyakan penduduk di negara ini terdiri daripada orang kulit hitam. Namun mereka adalah orang yang paling miskin. Marilah rampas tanpa pampasan!” kata ibu dengan menunjukkan penumbuk.

    Tatkala pilihan raya yang dijadual pada 2019 menjelang, Presiden Cyril Ramaphosa telah campur tangan untuk mempercepatkan pembaharuan tanah demi “menyelesai ketidakadilan sejarah yang serius” terhadap penduduk majoriti kulit hitam ketika penjajahan dan era aparteid yang berakhir pada tahun 1994.

    24 tahun kemudian dan komuniti kulit putih yang membentuk lapan peratus daripada penduduk “memiliki 72 peratus daripada ladang” berbanding dengan “empat peratus sahaja” dalam tangan penduduk kulit hitam yang membentuk empat perlima daripada jumlah penduduk, menurut Ramaphosa.

    Dalam sebuah dewan awam di Vereeniging, sebuah bandar yang mengambil masa perjalanan satu jam dari selatan ibu negara komersial Johannesburg, lebih daripada 1,000 orang hadir untuk menyuarakan pendapat mereka. Di depan barisan depan duduk satu kumpulan wanita yang memakai pakaian tradisional Sotho. – AFP

    Untuk mengatasi ketidakseimbangan itu, presiden baru-baru ini mengumumkan bahawa perlembagaan akan dipinda untuk membenarkan tanah dirampas dan diagih semula tanpa bayaran pampasan kepada pemilik sekarang. Ramai pengundi kulit hitam mengalu-alu pengumuman yang mencetuskan kebimbangan yang tidak pernah berlaku sebelumnya di kalangan penduduk minoriti kulit putih yang telah dikemukakan pada beberapa siri pertemuan di seluruh negara pada Jun, Julai dan Ogos ini untuk memperdebatkan isu mudah teruja itu.

    Dalam sebuah dewan awam di Vereeniging, sebuah bandar yang mengambil masa perjalanan satu jam dari selatan ibu negara komersial Johannesburg, lebih daripada 1,000 orang hadir untuk menyuarakan pendapat mereka. Di depan barisan depan duduk satu kumpulan wanita yang memakai pakaian tradisional Sotho.

    “Kenapa harus kami membayar pampasan kepada orang yang tidak memperoleh tanah secara sah?” tanya Tsabeng Rmalope, seorang jururawat kulit hitam berusia 30 tahun.

    “Adakah kami menunggu perang saudara meletus untuk isu ini diselesaikan?” tanyanya, bercakap di depan mikrofon, merujuk kepada beberapa penghunian tanah yang tidak sah yang dilihat di kebanyakan kawasan bandar dalam beberapa bulan ini.

    Seorang penggubal undang-undang yang menjadi orang tengah dalam perdebatan, Vincent Smith, pada 28 September akan menghantar kepada parlimen satu laporan sama ada mencadangkan atau menolak pindaan perlembagaan yang disarankan, berdasarkan maklum balas daripada rundingan tempatan.

    “Apa yang dialami oleh penduduk Zimbabwe memberitahu kami bahawa ekspropriasi tanpa bayaran pampasan merupakan satu idea yang teruk,” Carley Denny, 37 tahun, mengingatkan.

    Carley bercakap bagi pihak bapanya yang memiliki sebuah ladang 100 hektar yang telahpun menjadi milik keluarganya selama lima generasi.

    “Penduduk Zimbabwe mungkin memiliki tanah rampasan tanpa pampasan, tetapi mereka masih membayarnya ketika ekonomi meleset,” tambah beliau, merujuk kepada warisan pembaharuan tanah yang dilancarkan oleh bekas pemimpin Robert Mugabe pada 2000.

    Segelintir hadirin kulit putih memberikan tepukan tangan kepada ucapannya.

    “Kami semua membayar harta kami. Kami tidak pernah mencuri tanah kami,” kata seorang lagi hadirin, penternak haiwan John Knott.

    Roselyn Seaga, menangis apabila beliau bercakap kepada penduduk tempatan yang berkumpul pada perbincangan tersebut. “Sejak saya lahir, saya tidak pernah memiliki sebidang tanah yang boleh saya panggil rumah,” katanya. – AFP
    Maselo Motana memegang tanduk lembu manakala sebahagian artis dan aktivis lain terlihat berdiri di belakangnya yang mewakili bekas raja-raja di rantau ini yang dipancung oleh Boer dan kolonialis British untuk tanah mereka, semasa satu persembahan yang diadakan di luar Dewan Perbandaran Sedibeng di Vereeniging, wilayah Gauteng, di mana sesi pendengaran mengenai tanah awam dilangsungkan. – AFP

    Pembaharuan tanah merupakan isu kuat sebelum era demokrasi bukan perkauman dan pemilihan parti pemerintah Kongres Nasional Afrika (ANC). Parti itu telah lama berjanji untuk mengagih semula tanah dengan lebih adil tetapi tidak pernah menunaikan janji pilihan raya.

    “Pembaharuan tanah merupakan satu kegagalan besar disebabkan rasuah dan kekurangan semangat politik,” kata Edward von Bodenstein ketika beliau mencabar cadangan presiden.

    Dalam laporan baru-baru ini, bekas pemimpin negara Kgalema Motlanthe, seorang anggota ANC, memaparkan proses usaha lampau yang amat perlahan untuk memperuntukkan semula tanah dengan lebih adil.

    “Anda sedang menghadapi bom yang sudah berdetik,” kata Khethisa Khabo, seorang penganjur tempatan untuk parti berhaluan kiri Pejuang Kebebasan Ekonomi (EFF).

    “Kami bukan menyokong penghapusan penduduk kulit putih. Namun tanah adalah milik kami. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya semula,” kata beliau, bersemangat dengan majoriti orang yang berada pada pertemuan Vereeniging.

    Parti beliau, yang telah menarik pengundi yang tidak puas hati dan kecewa dengan ANC, telah memberikan tekanan kepada parti pembebasan Nelson Mandela.

    Dan pada akhir Julai, Ramaphosa telah mengumumkan di radio bahawa perlembagaan akan dipinda untuk mempercepatkan pembaharuan tanah dalam sokongan kepada majoriti penduduk kulit hitam, walaupun sebelum perbincangan tanah di seluruh negara telah berakhir.

    Constance Mogale daripada Gabungan Demokrasi Luar Bandar, satu rangkaian persatuan yang menyokong rampasan tanah tanpa bayaran pampasan, telah menggambarkan pindaan kepada undang-undang tertinggi dalam tanah sebagai ‘helah pilihan raya.’

    Perlembagaan telahpun membenarkan tanah dirampas tanpa pampasan, kata beliau, mengulang pandangan beberapa pakar dalam bidang itu.

    “Meminda perlembagaan akan mengambil masa selama-lamanya, ia tidak akan membawa tanah kepada penduduk,” kata beliau.

    Roselyn Seaga, 67, menangis apabila beliau bercakap kepada penduduk tempatan yang berkumpul pada perbincangan.

    “Sejak saya lahir, saya tidak pernah memiliki sebidang tanah yang boleh saya panggil rumah,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda