RWENSHAMA, Uganda – Bot laju tentera laut Uganda memecut laju melalui Tasik Edward yang suram menghampiri sebuah kanu kayu yang membawa nelayan tidak sah dari Republik Demokratik Congo, mengekorinya sehingga perairan mereka sendiri.
“Hentikan bot, angkat tangan, serahkan sebarang senjata,” laung Leftenan Deogratius Kato ketika beberapa anggota tentera mengepung kanu tersebut selepas 20 minit mengejar, memacu senjata ke arah dua nelayan yang dalam keadaan gentar.
Bot-bot selebihnya berjaya melarikan diri dengan selamat ke perairan Congo, meninggalkan jaring-jaring nelayan di perairan itu, sebahagiannya mengetatkan jaringan yang memerangkap segalanya, termasuk anak ikan dan memberi makan burung.
Kampala telah meningkatkan rondaan sejak beberapa bulan lalu untuk mengambil tindakan tegas ke atas penangkapan ikan secara tidak sah ke atas Tasik Edwards dan Albert, yang terletak di antara Uganda dan Congo.
Misi tersebut telah membawa kepada penangkapan beratus nelayan Congo dan mencetuskan ketegangan meningkat di antara kedua-dua buah negara yang menyaksikan tentera bersenjata terlibat dalam pertempuran maut di Tasik Edward, yang terkecil dari Great Lakes di timur Afrika, pada bulan Julai lalu.



Kedua-dua buah tasik hampir kesemuanya terletak di wilayah Congo di mana penangkapan ikan yang tidak terkawal menjejaskan simpanan yang mengakibatkan para nelayan menuju ke perairan Uganda di mana pegawai-pegawai sekarang mengambil tindakan tegas ke atas penangkapan ikan yang berlebihan.
“Sejak kami memulakan kempen kami ke atas penangkapan ikan secara tidak sah, kami telah menyaksikan simpanan tersebut meningkat bagi pihak kami, sekarang kemasukan nelayan–nelayan dari Congo,” kata Brigadier Michael Nyarwa, ketua tentera laut Uganda.
Tasik–tasik tersebut adalah tempat kediaman bagi ikan duri, tilapia dan nile perch, yang menjadi makanan penduduk setempat dan dieksport.
Industri perikanan Uganda yang dilingkungi daratan dikira bagi tiga peratus dari GDP dan menggaji lebih dari 700,000 orang, menurut jumlah rasmi.
Seluruh dunia, penangkapan ikan secara berlebihan di tasik–tasik dan lautan menjejaskan eko sistem, tetapi juga memberikan impak ke atas mata pencarian berjuta-juta orang.
Ia telah membawa pertumpahan darah di Uganda dan Congo. Pada Julai lalu, tentera bersenjata mereka bertempur di Lake Edward, di mana sekumpulan kecil tentera Uganda ditempatkan pada April lalu, meragut jiwa dua tentera Uganda dan tiga orang awam.
Kato mendakwa tentera Congo, “melakukan serangan hendap terhadap kami dengan menggunakan bot awal.”
“Kami rasa mereka melakukannya untuk menggugut dan mengancam operasi kami,” yang dikatakannya adalah menghalang tentera yang lapar, tidak berdisiplin dari mencuri ikan dan terlibat dalam kejadian lanun di tasik itu.
Begitu juga, persatuan perikanan Congo mendakwa tentera Uganda menahan nelayan dan menggugut mereka untuk mendapatkan wang.
Dalam insiden terbaru, pihak berkuasa Uganda minggu ini menafikan membunuh empat nelayan Congo yang mana mayat mereka dipenuhi dengan kesan peluru ditemui terapung di Lake Edward.
Menurut Leftenan Kolonel James Nuwagaba, pemerintah bagi operasi Lake Edward, seramai 200 nelayan yang pertama ditahan mengaku bersalah dan dibebaskan, ‘tetapi sebahagian daripada mereka diberikan pengampunan dan dihantar pulang, kembali ke perairan kami’.
Sejak itu Uganda mengambil pendirian yang lebih tegas, dengan hampir 100 warga Congo ditahan, didakwa dan dipenjarakan sehingga empat tahun.
Dua lelaki ditahan pada bulan lalu ketika operasi yang disaksikan oleh AFP berusia pertengahan 50an.
Seorang lelaki, ayah kepada tujuh orang anak, Luka Kasereka, berkata dia hanya mencari ikan. “Di tempat kami tidak terdapat ikan. Ia berakhir,” katanya.
Dia dan Paluku Kavutsu mengaku bersalah di mahkamah majistret dan dijatuhi hukuman empat tahun penjara kerana memasuki Uganda secara tidak sah, penangkapan ikan secara tidak sah dan menggunakan jaring yang tidak dibenarkan.
Kato berkata cabaran terbesar adalah “kegagalan untuk bekerjasama” Kinshasa dan ancaman pemberontak Congo yang bersenjata yang kerap merompak nelayan dan peralatan mereka untuk tebusan. Peperangan ke atas sumber yang menakutkan terhadap tasik-tasik di rantau itu semakin tersebar.
Ke selatan, nelayan–nelayan Rwanda dan Congo berulang alik di perairan Lake Kivu untuk memberikan makan kepada populasi yang semakin bertambah di pesisir keduanya.
Tetapi persaingan itu tidak memerlukan kematian, mahu pun kerosakan, kata Egide Nkuranga, seorang pencinta alam sekitar Rwanda.
“Negara–negara yang berkongsi sumber perairan perlu hadir dengan persetujuan bersama yang melindungi sumber dan juga membantu menambah simpanan yang dieksploitasi secara berlebihan.
“Rantau tersebut berisiko menghadapi kekurangan spesies ikan dan nelayan tempatan perlu dilatih dan peka terhadap perlindungan spesies ikan yang pupus.”
Kembali di Tasik Edward, perbincangan sedang dijalankan, kata sumber tentera Uganda yang menumpukan bagi menyelesaikan isu–isu penangkapan ikan secara tidak sah, penghijrahan dan lanun dalam usaha untuk menamatkan pertumpahan darah. – AFP