Isu sekatan udara, ICJ sokong Qatar

THE HAGUE, 15 JULAI – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kelmarin menyokong Qatar mengenai sekatan udara yang dikenakan ke atas Doha oleh Bahrain, Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE),  lapor agensi berita Anadolu.

ICJ dalam satu kenyataan menolak rayuan empat negara Arab itu terhadap bidang kuasa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) atas pertikaian sekatan udara.

Mahkamah itu juga memutuskan ICAO mempunyai “kuasa” dan kes itu “boleh diterima”, yang mendapati sekatan laluan udara terhadap Qatar melanggar Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (Konvensyen Chicago), tambahnya. – Bernama