Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu sistem tempahan letak kereta tidak wujud

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Isu sistem tempahan letak kereta di sekitar jalan Pusat Kesenian dan Jambatan Sungai Kebun bagi acara perasmian jambatan, acara perarakan kapal-kapal dan perahu-perahu berhias dan pertunjukan bunga api sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada 14 Oktober ini, adalah tidak wujud dan tidak dibenarkan sama sekali.

    Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, Haji Marzuke bin Haji Mohsin menekankan perkara itu berikutan gambar tular dalam media sosial yang menunjukkan sebahagian tempat letak kereta diberikan pelekat yang menandakan seseorang telah menempah tempat letak kereta tersebut pada tarikh acara itu berlangsung, dalam satu sidang media di Kementerian Pembangunan hari ini.

    Menurutnya, sistem-sistem tempahan yang tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial itu adalah tidak benar kerana tempat letak kereta itu dibukakan kepada sesiapa sahaja yang datang dan orang ramai yang membuat tempahan berkenaan dinasihatkan agar tidak berbuat demikian, memandangkan tidak ada sebarang arahan dan kebenaran diberikan.

    Beliau turut mengalu-alukan orang ramai untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis perasmian dan tempat letak kereta adalah berdasarkan siapa datang awal, maka mereka boleh mendapatkan tempat-tempat letak kereta yang disediakan.

    Gambar tular di media sosial yang menunjukkan pelekat tempahan untuk ruang parkir berhampiran kawasan jambatan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda