DHAHRAN, 15 April – Para pemimpin dunia Arab kecuali Presiden Syria Bashar al-Assad, telah mengadakan pertemuan di Arab Saudi bagi sidang kemuncak hari ini tatkala kuasa-kuasa dunia berhadapan dengan Syria dan ketegangan yang meningkat antara Riyadh dan Tehran.
Arab Saudi menggesa dengan pendirian yang tegas untuk bersama-sama menolak dan bersatu menentang pesaing serantaunya Iran pada perhimpunan tahunan bagi 22 anggota Liga Arab.
Kedua-dua negara gergasi serantau itu, terlibat dalam perang proksi di Syria dan negara jiran selatan Arab Saudi, Yaman, yang menyokong parti-parti bertentangan di Iraq dan Lubnan.
Kemuncak itu bermula 24 jam selepas Amerika Syarikat, Perancis dan Britain melancarkan serangan udara berkontroversi ke atas Syria berikutan tindak balas mengenai laporan serangan senjata kimia rejim ke atas enklaf pemberontak di Timur Ghouta minggu lalu.
Arab Saudi dan Qatar, yang mana kedua-dua negara itu menyuarakan sokongan mereka terhadap serangan itu, kekal terikat dalam kebuntuan hubungan diplomatik berbulan-bulan lamanya, setelah Riyadh menuduh Doha menyokong kumpulan pelampau dan hubungan rapat bersama Iran.
Sidang kemuncak Liga Arab, yang ditubuhkan pada 1955, jarang sekali mengeluarkan sebarang tindakan.
Kali terakhir, blok itu telah membuat satu langkah konkrit pada 2011, dengan menggantungkan keanggotaan Syria ke atas peranan rejim Assad dalam peperangan dan sehingga kini negara itu kekal digantung dari organisasi itu. – AFP