Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Isu tuntutan Sabah dibangkitkan pada persidangan dewan negara

    KUALA LUMPUR, 22 MAC – Isu berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah dibangkitkan oleh beberapa Senator pada persidangan Dewan Negara hari ini.

    Semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Senator Datuk Bobbey Suan menggesa agar kerajaan Persekutuan mencari kaedah atau jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu.

    “Ini supaya tiada lagi mana-mana pihak membangkitkan perkara yang sensitif itu pada masa hadapan demi memastikan kesejahteraan generasi akan datang.

    “Maka, hanya pihak Persekutuan yang dapat menyelesaikan perkara ini kerana ia membabitkan urusan negara kita,” kata Ahli Dewan Negara dari Sabah itu.

    Senator Datuk John Ambrose pula menyifatkan tuntutan mana-mana pihak terhadap Sabah adalah tidak munasabah memandangkan Malaysia melaksanakan pemerintahan efektif dan mentadbir negeri itu sejak ia menyertai Malaysia secara sukarela pada 1963 menerusi hasil dapatan Suruhanjaya Cobbold.

    “Malaysia melaksanakan pemerintahan efektif dan mentadbir Sabah serta memperuntukkan dana, merangsang pelaburan dan majukan ekonomi Sabah dengan
    masyarakat antarabangsa mengakui Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia.

    “Malah kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan keselamatan yang terdiri daripada polis, tentera dan sistem pendidikan serta menjayakan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat Sabah,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...