Saturday, February 4, 2023
23.7 C
Brunei

-

Isu ubat tiruan berleluasa di Afrika Barat

DAKAR – Apabila Afrika Barat mula mengisytiharkan perang terhadap pasaran ubat-ubatan yang telah tamat tempoh dan tiruan, sebagai langlah permulaan, ia telah meletakkan kawalan mutu kepada pesakit-pesakit untuk berhenti mempertaruhkan nyawa mereka untuk sembuh.

Bukan sahaja ubat-ubatan tersebut tidak dapat merawat penyakit, malah kata pakar, ia boleh membawa kepada galakan pengambilan ubat antibiotik yang boleh saja membawa maut apabila penyakit tersebut diperiksa lebih awal.

Pada satu mesyuarat pada bulan April lalu di Liberia, 15 anggota Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) mengumumkan untuk menyiasat kepada pengedaran ubat-ubat yang sudah tamat tempoh dan tiruan, dan juga mengadakan kempen kesedaran awam.

Penyeludupan ubat-ubat tiruan telah berlaku di negara-negara paling miskin dan paling memerlukan di dunia, yang juga menghadapi kos yang tinggi bagi penjagaan kesihatan dan kerap kekurangan insurans, kata Adama Kane, pengasas pusat kesihatan JokkoSante di Senegal dalam menangani masalah ini.

Sebaliknya, timbunan ubat-ubat yang baik tidak pula digunakan di Senegal, jelas Kane – satu masalah yang cuba JokkoSante lalukan dengan mengadakan pengumpulan ubat-ubat yang tidak digunakan dari orang ramai yang menerima mata-mata pengumpulan dalam pertukaran ubat-ubatan yang diperlukan.

Afrika Barat mula mengisytiharkan perang terhadap pasaran ubat-ubatan yang telah tamat tempoh dan tiruan.
Afrika Barat mula mengisytiharkan perang terhadap pasaran ubat-ubatan yang telah tamat tempoh dan tiruan.
Pada satu mesyuarat pada bulan April lalu di Liberia, 15 anggota Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) mengumumkan untuk menyiasat kepada pengedaran ubat-ubat yang sudah tamat tempoh dan tiruan, dan juga mengadakan kempen kesedaran awam.
Pada satu mesyuarat pada bulan April lalu di Liberia, 15 anggota Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) mengumumkan untuk menyiasat kepada pengedaran ubat-ubat yang sudah tamat tempoh dan tiruan, dan juga mengadakan kempen kesedaran awam.

Menyerahkan ubat asma di pusat pertukaran di salah sebuah pusat kesihatan di Passy, ?? Senegal, pengguna JokkoSante, Marie Gueye, adalah salah seorang yang mendapatkan faedah tersebut.

“Saya dan keluarga saya tidak lagi mempunyai masalah untuk mendapatkan ubat-ubatan. Apa yang perlu kami lakukan adalah datang ke sini dan mengumpul mata,” katanya kepada AFP.

Untuk isi rumah bagi luar bandar Senegal, sehingga 73 peratus daripada perbelanjaan mereka telah digunakan untuk mendapatkan ubat, menurut satu penyelidikan dari JokkoSante. Separuh daripada keseluruhan populasi tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans kesihatan.

“Aplikasi kami telah digunakan di hospital, farmasi dan pusat-pusat kesihatan,” kata Kane, sambil menambah ia masih berada di peringkat perintis dengan mempunyai 1,500 pengguna setakat ini. Orang ramai akan membuat akaun mereka sendiri dan mengendalikan sistem mata di mana kesemuanya dilakukan melalui telefon bimbit mereka.

Bagi mereka yang terlalu miskin untuk membeli ubat sama sekali, JokkoSante telah bekerjasama dengan penaja syarikat besar, termasuk pengendali telefon Sonatel, yang meliputi kos menyediakan pesakit dengan ubat secara percuma.

Sekali lagi, sistem ini beroperasi menerusi aplikasi mudah alih.

Di hospital kanak-kanak di Diamniadio, berhampiran ibu kota Senegal, Dakar, Yacina Ba menerangkan ketakutan beliau untuk membayar 50,000 CFA Franc ($85.75 euro) pada peng-hujungnya, usaha beliau untuk membeli rawatan dan ubat-ubatan bagi anak damit beliau yang berusia enam bulan yang sakit. Kemudian beliau akhirnya memohon bantuan daripada doktor.

“Anak saya mempunyai ruam di tangannya,” kata Ba kepada AFP, menjelaskan bagaimana skim penajaan rawatan percuma membuat kesemua perbezaan itu.

Seorang pekerja kesihatan di hospital, yang tidak mahu dikenali, mengakui bahawa kekurangan pakar membuatkan para ahli perubatan sering memberi ubat-ubatan yang berlebihan kepada mereka yang mampu membayarnya. Ini boleh menyebabkan timbunan stok simpanan ubat-ubatan yang tidak digunakan dan yang telah tamat tempoh yang mungkin boleh jatuh ke tangan yang salah.

“Ubat tiruan biasanya dibeli oleh sekumpulan masyarakat yang paling lemah,” kata Kane, JokkoSante, yang kini mengawasi rangkaian kecil farmasi menggunakan platformnya, sementara kerajaan mempertimbangkan pelancarannya di seluruh negara.

American Society of Tropical Medicine and Hygiene menganggarkan 122,000 kanak-kanak di bawah lima tahun pada tahun 2015 mati akibat memakan ubat anti-malaria berkualiti rendah di bahagian Sub-Sahara Afrika, bersama-sama dengan ubat antibiotik sebagai dua jenis ubat yang paling banyak permintaan. Ia adalah ubat yang sering diberikan (yang sudah tamat tempoh dan tiruan).

Penyeludupan ubat-ubat tiruan telah berlaku di negara-negara paling miskin dan paling memerlukan di dunia, yang juga menghadapi kos yang tinggi bagi penjagaan kesihatan dan kerap kekurangan insurans.
Penyeludupan ubat-ubat tiruan telah berlaku di negara-negara paling miskin dan paling memerlukan di dunia, yang juga menghadapi kos yang tinggi bagi penjagaan kesihatan dan kerap kekurangan insurans.
Untuk isi rumah bagi luar bandar Senegal, sehingga 73 peratus daripada perbelanjaan mereka telah digunakan untuk mendapatkan ubat, menurut satu penyelidikan dari JokkoSante.
Untuk isi rumah bagi luar bandar Senegal, sehingga 73 peratus daripada perbelanjaan mereka telah digunakan untuk mendapatkan ubat, menurut satu penyelidikan dari JokkoSante.

Ubat yang didatangkan dari China dan India adalah terkawal di pasaran Afrika Barat, menurut Paris-based International Institute of Research Against Counterfeit Medicines (IRACM) yang berpangkalan di Paris. Dan mereka sering tidak dapat membezakan mana satu yang asli dan tiruan.

Satu kerjasama antara IRACM dan Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) yang menyita bekalan perubatan di 16 buah pelabuhan Afrika lewat tahun lalu, berhasil merampas tidak kurang daripada 113 juta barangan ubat tiruan, 5,000 peralatan perubatan dan produk-produk veterinar.

Kesemua boleh didapati di tempat itu samaada dari ubat kanser tiruan sehinggalah jahitan palsu bagi operasi pembedahan. IRACM sedang bekerjasama dengan Ahli Parlimen mengenai penggubalan undang-undang untuk menentang pengedarannya di Afrika Barat, tetapi dua syarikat inovatif telah mengambil tindakan mengenai perkara itu.

Sproxil, sebuah syarikat anti-pemalsuan yang ditubuhkan pada tahun 2009, berfungsi untuk melampirkan lampiran khas pada paket-paket ubat. Pengguna boleh menyemak produk mereka samaada ia adalah asli dengan menghantar kod pengesahan SMS kepada syarikat tersebut, yang mengesahkan kesahihannya.

Dalam tempoh enam tahun yang lalu, firma itu mempunyai 50 juta mesej teks dari pelanggan di seluruh Afrika dan India. Ireti Oluwagbemi, jurucakapnya yang berpangkalan di Nigeria, berkata peniaga palsu “menyasarkan beberapa jenama berdasarkan pasaran mereka”, dan nama-nama isi rumah adalah sasaran terbesar mereka.

Mereka boleh mendapati pulangan wang yang besar melalui penghasilan ini. Pasaran ubat tiruan global kini bernilai kira-kira AS$85 bilion, menurut IRACM, hasil daripada jenayah terancang.

Pelanggan Sproxil termasuklah farmaseutikal gergasi seperti GlaxoSmithKline dan Novartis, firma itu telah kehilangan jutaan dolar setiap tahun akibat daripada produk cetak rompak yang dicap dengan penjenamaan mereka.

“Kesan daripada meminum bahan kimia ini boleh membawa ketidakselesaan dan ia boleh membawa maut,” kata Oluwagbemi kepada AFP.

mPedigree, salah sebuah syarikat baru di Ghana mempunyai cara sama dengan Sproxi, yang telah diterima pakai sebagai standard industri keseluruhan oleh Persatuan Farmaseutikal Ghana, dan data rekod palsu juga akan terpapar. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -