Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    IT ubah rentak pembangunan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Teknologi maklumat telah mengubah rentak pembangunan manusia di mana pandemik telah merangsang lagi transformasi digital, yang sebelum ini dianggap tidak praktikal.

    Sehubungan itu, Brusin Trading Company Sdn Bhd, sebagai perintis dalam menawarkan penyelesaian IT di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan acara To the Edge and Beyond Digital Transformation dan Resilient Data Protection, hari ini, untuk memberikan pandangan baharu tentang transformasi teknologi semasa, dengan memberi keutamaan dalam mengenal pasti pemodenan teknologi, dan untuk mempercepatkan teknologi dengan seni bina IT yang fleksibel dan berkuasa.

    Acara yang berlangsung di The Empire Brunei itu dibahagikan kepada dua sesi dengan sesi pagi menekankan tajuk To the Edge and Beyond Digital Transformation yang mengongsikan trend IT, isu-isu berkaitan dan penyelesaian. Ia turut dihadiri oleh kakitangan kerajaan, perusahaan dan rakan kongsi Brusin.

    Sesi petang pula tertumpu kepada Resilient Data Protection yang direka untuk para pegawai kanan kerajaan dan kakitangan keselamatan IT.

    Kira-kira 180 tetamu hadir pada sesi pagi dan 40 lagi hadir pada sesi sebelah petang.

    Antara tetamu yang hadir semasa majlis berkenaan.
    Giji George semasa menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.

    Pengarah Brusin Trading Company, Haji Mohd Sufian bin Haji Mohd Tahir; Pengurus Bahagian ICT, Giji George, dan kakitangan Brusin turut hadir bagi mengalu-alukan para tetamu di majlis tersebut.

    Pada acara itu, Brusin menampilkan penceramah daripada Dell Technologies, Ricoh dan Schneider Electric.

    Brusin bekerjasama dengan pakar IT berkenaan untuk membantu mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian komprehensif yang disesuaikan dengan strategi dan transformasi teknologi semasa.

    Brusin merupakan pengedar sah Dell Technologies dan Ricoh di negara ini di mana Brusin menawarkan penyelesaian menyepadukan produk daripada jenama terkemuka dalam industri IT.

    Syarikat berkenaan mempunyai kakitangan yang terlatih dan diiktiraf untuk menyediakan sokongan dan perkhidmatan tempatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...