Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Itali benarkan kapal penyelamat amal berlabuh

    ROM, 9 JUN – Lebih 430 orang yang diselamatkan di Mediterranean bersedia untuk turun di Sicily kelmarin ketika dua kapal amal diberi kebenaran berlabuh hanya beberapa jam selepas sebuah kapal mengeluarkan amaran kepada Itali.

    Kapal penyelamat Mare Jonio, yang dimiliki oleh badan bukan kerajaan Itali Mediterranea, memberitahu kementerian dalam negeri kelmarin ia akan memasuki pelabuhan pertama yang boleh diakses tanpa kebenaran jika permintaannya bagi pelabuhan selamat tidak dijawab dalam tempoh 10 jam.

    Kapal itu membawa seramai 92 orang dalam dua operasi pada 5 dan 6 Jun di perairan antarabangsa sekitar Libya dan Malta, termasuk kira-kira 30 kanak-kanak bawah umur.

    Kapal itu juga diarahkan untuk berlabuh di pelabuhan Pozzallo di selatan Sicily untuk menurunkan mereka yang diselamatkan kelmarin.

    Rakan badan amal Jerman Sea Watch, kelmarin berkata kapal Sea Watch 3 juga di pelabuhan selepas empat hari, dengan keramaian 352 penumpangtas kapal, juga ditugaskan di Pozzallo. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...