Itali buka stadium untuk peminat

ROM, 18 SEPT – Sekurang-kurangnya 1,000 orang peminat akan dibenarkan untuk menghadiri acara sukan terbuka di Itali, menurut menteri sukan Itali, Vincenzo Spadafora hari ini, pada malam sebelum perlawanan bola sepak Serie A berlangsung.

Perubahan tersebut akan berkuat kuasa pada Ahad, dan ini bermakna perlawanan pembukaan Serie A – Fiorentina menentang Torino dan Verona menentang Roma – akan diadakan tanpa kehadiran peminat tetapi juara bertahan Serie A sembilan musim berturut-turut akan memulakan musim mereka menentang Sampdoria di Turin bersama peminat.

Spadafora hanya menyebut sukan tenis, dengan WTA dan ATP Terbuka Itali yang berlangsung di Rom sehingga Isnin.

“Bermula dari perlawanan separuh akhir dan final, seramai 1,000 orang penonton akan dibenarkan untuk menghadiri kesemua kejohanan sukan yang akan mengambil tempat di luar dewan dan mestilah mematuhi peraturan kebersihan,” menurut menteri.

Penganjur yang ingin membuka semula stadium adalah dimestikan untuk mengikut ‘peraturan memberikan ruang, memakai penutup mulut dan hidung dan tempahan tempat duduk,” tambah menteri.

Dia berkata keputusan akan disahkan secara ramai ‘dalam beberapa jam akan datang’ dan menyifatkannya sebagai ‘langkah pertama tetapi penting ke arah mengembalikan keadaan normal dalam sukan, yang man diharap akan berlaku secepat mungkin.’

Kelab bola sepak turut meminta untuk menghentikan kemelut kewangan dan secara perlahan-lahan membuka semula stadium selepas lebih dari enam bulan. – AFP