Itali denda Amazon, Apple 200 juta euro

ROM, 23 NOV – Pemantauan persaingan Itali mengenakan denda sebanyak 200 juta euro terhadap Amazon dan Apple hari ini dalam tindakan terkini diambil ke atas syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat di Eropah mengenai amalan perniagaan mereka.

Ia mengarahkan Apple untuk membayar 124.5 juta euro dan syarikat e-dagang Amazon 68.7 juta euro kerana melanggar undang-undang Kesatuan Eropah (EU) melalui sekatan yang denda kerana menjual produk Apple dan Beats.

Syarikat gergasi teknologi AS berdepan dengan tuduhan antipersaingan di Eropah – langkah yang diawasi dengan teliti oleh penggubal undang-undang di Washington, yang berjanji untuk meningkatkan pemeriksaan intensif ke atas industri teknologi.

Pemantau Itali berkata perjanjian pada 2018 antara dua buah syarikat AS ‘melarang penjual rasmi dan tidak rasmi produk Apple dan Beats daripada menggunakan Amazon.it, membolehkan penjualan produk tersebut hanya untuk Amazon dan pihak tertentu dalam tindakan diskriminasi’.

Tujuannya adalah untuk mengehadkan jumlah peruncit dan penjualan luar sempadan, menurutnya.

Pemantau persaingan Itali mengenakan denda sebanyak 200 juta euro terhadap Amazon dan Apple kerana melanggar undang-undang Kesatuan Eropah. – AP

Perjanjian itu mendatangkan keburukan kepada pelanggan, kerana sekurang-kurangnya 70 peratus barangan elektronik yang dibeli di Itali hanya boleh didapatkan di Amazon, tambahnya.

Pemantau berkata ia menjalankan siasatan yang menarik banyak perhatian ‘pihak berkuasa persaingan kebangsaan di Jerman dan Sepanyol,yang turut melancarkan prosedur yang serupa’.

Pendedahan terhadap firma teknologi gergasi itu mungkin membawa kepada perpecahan platform terbesar, dengan diterajui oleh Eropah terhadap dakwaan antipersaingan dan penggubal undang-undang AS mencari jalan untuk menjadikan penguatkuasaan antipersaingan lebih mudah.

Pengkritik teknologi di EU dan AS mahu Apple dan Google melonggarkan pengaruh tempat penjualan aplikasi dalam talian mereka; lebih persaingan dalam pasaran pengiklanan digital yang didominasi oleh Google dan Facebook; dan akses lebih baik ke platform e-dagang Amazon oleh penjual pihak ketiga. – AFP