Itali haram kemasukan pelawat 13 negara

ROM, 10 JULAI – Itali mengharamkan kemasukan pelawat dari 13 buah negara berisiko tinggi menularkan COVID-19.

Ia termasuk Brazil, Armenia, Bahrain, Bangladesh, Bosnia, Brazil, Chile, Republik Dominican, Kuwait, North Macedonia, Moldova, Oman, Panama dan Peru.

Perintah larangan itu ditandatangani oleh Kementerian Kesihatan negara itu bersama-sama Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan.

“Pandemik ini sudah memasuki fasa yang lebih serius,” kata Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mensia-siakan pengorbanan rakyat Itali, sejak beberapa bulan lalu.

Itali menjadi negara pertama di luar China dijangkiti kes COVID-19.

Setakat ini, angka rasmi menunjukkan lebih 242,000 kes positif COVID-19 di Itali dengan lebih 35,000 kematian. – AFP