Tuesday, August 9, 2022
23.3 C
Brunei

Itali ketatkan peraturan sempadan

-

ROM, 15 DIS – Itali akan mengetatkan sekatan untuk ketibaan dari seluruh EU mulai Khamis, memerlukan ujian koronavirus bagi semua orang dan kuarantin lima hari bagi mereka yang tidak diberi vaksin.

Sebelumnya, ketibaan dari seluruh EU hendaklah menunjukkan bukti vaksinasi, baru pulih atau ujian negatif.

Dekri yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Roberto Speranza lewat kelmarin ialah memperuntukkan kewajipan ujian negatif semasa berlepas untuk semua ketibaan dari negara Kesatuan Eropah”, kata jurucakap.

“Kepada yang belum menerima vaksin, sebagai tambahan mestilah ujian negatif, lima hari kuarantin telah dirancang.”

Orang yang tidak di vaksinasi yang tiba dari luar blok mesti sudah dikuarantin, dan ujian diperlukan bagi mereka yang sudah mempunyai suntikan.

Langkah-langkah baharu ini akan berkuat kuasa mulai 16 Disember sehingga 31 Januari, ketika Eropah melawan gelombang baharu jangkitan koronavirus yang dicetuskan oleh penyebaran varian baharu, Omicron. – AFP

Itali memperketat peraturan sempadan dengan beberapa langkah baru yang akan berkuat kuasa. Antaranya adalah bukti vaksinasi dan ujian negatif. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -