Itali mara ke final Liga Negara-Negara UEFA

SARAJEVO, 19 NOV – Itali menempa tempat untuk final Liga Negara-Negara UEFA tahun hadapan kelmarin selepas mencatat kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Bosnia dan Herzegovina di Sarajevo.

Andrea Belotti melakukan sepakan voli selepas menerima hantaran dari Lorenzo Insigne pada minit ke-22 sementara Domenico Berardi menambah jaringan pada minit ke-68 untuk memastikan pasukan The Azzurri menamatkan kedudukan teratas Liga A Kumpulan 1.

Itali sebelumnya mengalahkan Poland 2-0 pada Ahad dan meneruskan rentak menentang pasukan yang sudah tersingkir, Bosnia.

Kedua-dua pasukan mengalami krisis koronavirus dengan ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini terlepas perlawanan sementara beberapa orang pemain Bosnia termasuk penyerang Roma, Edin Dzeko dan pertahanan bek kiri Arsenal, Sead Kolasinac turut tidak beraksi.

Meskipun Rade Krunic memberi ancaman pada awal minit buat pasukan tuan rumah, Itali kekal mendominasi perlawanan dengan Berardi dipilih untuk memulakan perlawanan berbanding pemain Juventus, Federico Bernardeschi, satu-satunya perubahan dalam perlawanan menentang Poland.

Aksi Lorenzo Insigne semasa bertemu Bosnia dan Herzegovina. Itali meraih tempat untuk final Liga Negara-Negara UEFA dengan kemenangan meyakinkan 2-0.- AP

Tetapi pemain berusia 26 tahun itu tidak membuat kesilapan selepas minit ke-22 ketika Manuel Locatelli memenangi perebutan bola di udara dan menghantar bola kepada Insigne yang seterusnya membuat hantaran lintang menyasarkan Belotti, yang kemudian melakukan voli bagi mencatat gol ke-10 buat Itali sejak November 2019, yang juga semasa menentang Bosnia.

Itali terlepas peluang untuk menggandakan jaringan selepas tandukan Emerson Palmieri tersasar dan percubaan Insigne hanya singgah pada tiang gol.

Sementara itu, penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma membuat aksi menyelamat untuk menghalang percubaan dari Smail Prevljak sekali gus menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa.

Belotti, mempamerkan aksi mengagumkan bersama Insigne dalam perlawanan tersebut, sekali lagi memberi ancaman selepas waktu rehat tetapi gandingan dua pemain Sassuolo, Berardi dan Locatelli membuahkan hasil.

Locatelli membuat hantaran lintang kepada Berardi yang kemudian menyepak bola menewaskan Kenan Piric buat Itali.- AFP