Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Itali, Perancis kukuh kerjasama

-

ROM, 26 NOV – Perdana Menteri Itali, Mario Draghi berkata perjanjian dua hala ditandatangani hari ini bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron adalah bagi mengukuhkan kerjasama yang turut membantu membina ‘pertahanan mantap Eropah’.

Perjanjian tersebut mengukuhkan kerjasama “dalam sektor penting, dari keselamatan hingga keadilan, dari penyelidikan hingga industri,” Draghi memberitahu semasa sidang media.

Ia termasuk perbelanjaan untuk menghasilkan ‘pertahanan Eropah’ yang menurut Draghi ‘hadiah kepada NATO’ dan ia tidak mengubah sekutu.

“Untuk mengukuhkan penguasaan, Eropah perlu tahu bagaimana untuk mempertahankan sempadannya. Kami perlu mencipta pertahanan sebenar,” menurutnya.

Draghi turut meluahkan hasrat untuk mengukuhkan pelaburan dalam beberapa bahagian seperti semikonduktor, ketika rantaian pembekalan global terjejas akibat kekurangan dari Asia, serta dalam sumber tenaga yang lebih mampan di mana negara cuba mengurangkan pemanasan global.

Macron berkata perjanjian itu tidak mengubah hubungan setia kawan yang sekian lama antara Perancis dan Jerman, yang dianggap sebagai kemakmuran ekonomi utama dan keselamatan di Eropah. Namun dia berkata hubungan kedua-dua persahabatan adalah berbeza.

“Apabila keadaan menjadi rumit bersama Jerman, kami akan beralih ke Itali,” ujar Macron.

Antara perjanjian awal adalah untuk menghasilkan perkhidmatan awam dan pusat operasi bagi mendukung penguatkuasaan undang-undang Perancis-Itali. Selain itu, seorang menteri daripada tiap-tiap negara akan menghadiri perjumpaan kabinet setiap tiga bulan.

“Perjanjian itu di hasrat untuk menggalakkan dan mempercepatkan proses integriti Eropah,” kata Draghi. – AP

Emmanuel Macron dan Mario Draghi selepas menandatangani perjanjian antara Itali dan Perancis di Rom, kelmarin.- AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -