Itali peringati bencana jambatan

GENOA, Itali, 14 OGOS – Itali hari ini memperingati ulang tahun setahun jambatan Genoa runtuh sehingga mengorbankan 43 orang, ketika negara itu bergelut dengan krisis politik yang dicetuskan oleh pemimpin berhaluan kanan, Matteo Salvini.

Perhimpunan itu berlaku di sebuah gedung berhampiran tempat kejadian di mana sebahagian lebuh raya Morandi jatuh semasa hujan lebat pada 14 Ogos 2018, mencampakkan puluhan buah kereta dan trak ke trek landasan di bawah.

Sementara itu, menurut agensi berita AP, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte telah menjamin sebuah jambatan baharu yang mengikut ramalan akan siap menjelang April 2020, menggantikan jambatan Morandi – AFP/AP