Itali tentukan nasib di playoff

PARIS, 16 NOV – Juara Eropah, Itali terlepas kelayakan automatik ke Piala Dunia tahun depan selepas terikat tanpa jaringan dengan Ireland Utara di Belfast kelmarin, kehilangan tempat teratas Kumpulan C kepada Switzerland yang menewaskan Bulgaria 4-0.

Itali perlu menyamai keputusan Switzerland untuk layak secara terus tetapi sementara pasukan Roberto Mancini hanya sekadar memperoleh keputusan seri, manakala Switzerland memenangi perlawanan di Lucerne untuk menempah tiket ke Qatar.

Mereka turut disertai oleh England, pasukan yang ditewaskan Itali pada peringkat akhir Euro 2020 pada Julai, yang merangkul kelayakan mereka menerusi persembahan hebat Harry Kane yang menjaringkan menjaringkan empat gol dalam masa 15 minit dalam kemenangan 10-0 di San Marino.

“Kelayakan itu diperoleh di Budapest, di Warsaw, di Albania dan saya perlu menghargai semua pemain dan kakitangan kami pada tahun yang sangat baik,” kata pengurus England, Gareth Southgate.

Jerman, Denmark, Perancis, Belgium, Croatia, Sepanyol dan Serbia juga telah layak terus dari Eropah. Satu lagi tempat akan direbuti oleh Belanda, Norway atau Turki hari ini dengan baki tempat akan ditentukan melalui perlawanan playoff pada Mac.

Aksi pemain Itali, Jorginho bertarung untuk mendapatkan bola dengan pemain Switzerland, Gavin Whyte dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia kelmarin. – AFP

Nasib yang sama menimpa Itali pada 2018 apabila mereka gagal layak ke Piala Dunia selepas kekalahan melalui jaringan agregat kepada Sweden.

“Buat masa ini ia adalah apa yang terjadi, kami menghadapi kesukaran untuk menjaringkan gol, kami sentiasa mengawal permainan, ia memalukan kerana pemain sepatutnya sudah menentukan kedudukan sebelum perlawanan ini,” kata Mancini kepada RAI.

Pasukan Itali itu jarang memberikan cabaran kepada pasukan tuan rumah, namun hanya bangkit setelah Switzerland menjaringkan gol di Lucerne.

Jaringan Noah Okafor meletakkan Switzerland di hadapan pada tiga minit dalam separuh masa kedua dan selepas percubaan Xherdan Shaqiri terkena tiang, Ruben Vargas menggandakan jaringan.

Pemain Switzerland itu kemudiannya mempunyai dua gol dibatalkan kerana kesalahan ofsaid tetapi apabila Cedric Itten menanduk masuk 3-0 selepas 72 minit dan ini bermakna Itali perlu menang dengan dua gol di Belfast.

Ketika itu Itali semakin gelabah dan hampir memberikan gol kepada Conor Washington, yang melakukan percubaan namun tersasar dari garisan, pasukan Switzerland berjaya memperoleh keputusan dengan Remo Freuler menjadikan kedudukan 4-0 pada masa tambahan. – AFP