Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Itali terlepas tiket ke Qatar

    PALERMO, ITALI, 25 MAC – Roberto Mancini mengalami kekalahan paling perit dalam karier pengurusannya selepas kekalahan mengejut 1-0 kelmarin kepada Macedonia Utara sekali gus terlepas beraksi di Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

    Mancini menjadi jiwa pasukan kebangsaan selepas berjaya mengembalikan maruah The Azzurri semasa gagal mara ke kejohanan pada 2018 dan memenangi Euro 2020 musim panas lalu.

    Walau bagaimanapun, tahap persembahan mereka menurun sejak kejayaan tersebut dan mensia-siakan peluang untuk layak secara automatik pada November, Itali disingkirkan secara memalukan di Palermo dalam perebutan untuk bermain dalam separuh akhir playoff.

    “Sama seperti Julai, yang merupakan perkara terbaik pernah berlaku dalam karier saya, ini adalah yang paling mengecewakan. Saya sangat sedih ke atas pemain-pemain,” Mancini memberitahu RAI.

    “Kekecewaan ini terlalu berat untuk saya perkatakan mengenai masa depan saya buat masa ini.”

    Sekiranya Mancini masih belum menentukan sama ada dia akan kekal mengalas tugasan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Itali, Gabriele Gravina jelas ingin dia kekal sebagai pengurus meskipun selepas kekecewaan yang berlaku.

    Bekas pemain Palermo, Aleksandar Trajkovski telah memberi kejutan untuk juara Eropah itu, menerusi percubaan rendah dua minit sebelum masa tamat sekali gus menentukan pertemuan menentang Portugal di Porto pada Selasa untuk peluang berada di Qatar pada November.

    “Kami mencatatkan dua percubaan dan memenangi perlawanan. Kami memenangi perlawanan menentang Itali,” kata Blogoja Milevski, yang pasukannya bermain tanpa kelibat pemain Napoli, Eljif Elmas disebabkan penggantungan bagi perlawanan di Porto nanti.- AFP

    Reaksi pemain-pemain Itali yang kecewa selepas gagal melayakkan diri ke pusingan akhir playoff Piala Dunia menentang Macedonia Utara.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...