Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    ITQSHHB adakan tahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Seramai 200 orang pegawai, tenaga pengajar dan pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), diketuai oleh Pemangku Pengetuanya, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali hari ini mengadakan Majlis Membaca Al-Quran dan Tahlil bagi Al-Marhum dan Al-Marhumah Ayahanda dan Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

    Ia merupakan salah satu aktiviti sempena Minggu Ta’aruf (minggu suai kenal) bagi para pelajar baru sesi pengajian 1438H/2017M, institut berkenaan. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai dan bacaan Surah Yasin, bertahlil dan doa arwah dipimpin oleh Mualim Al-Quran ITQSHHB, Haji Muhammad bin Mohd Lazim.

    Aktiviti sepanjang minggu suai kenal itu diharap dapat membantu para pelajar baru menyesuaikan diri mereka dengan suasana pembelajaran dan kehidupan di ITQSHHB yang mana para pelajarnya perlu sentiasa berdamping dengan kitab suci Al-Quran selain mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama dalam kalangan warga ITQSHHB.

    Antara warga ITQSHHB yang terlibat dalam majlis tersebut.
    Antara warga ITQSHHB yang terlibat dalam majlis tersebut.

    Menurut kenyataan ITQSHHB, mereka akan secara rasminya menerima kemasukan seramai 79 orang pelajar baru bagi peringkat menengah iaitu 41 orang pelajar lelaki dan 38 orang pelajar perempuan pada 14 Januari ini.

    Manakala pengajian secara formal bagi para pelajar baru berkenaan akan bermula pada hari Isnin iaitu 16 Januari 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda