Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    ITQSHHB rai pelajar cemerlang 2021/2022

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Para pelajar peringkat menengah dan Diploma ‘Aliyah Qiraat’ Sesi 2021/2022 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah diraikan pada majlis penghargaan yang berlangsung di Musolla, ITQSHHB, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit.

    Majlis turut dihadiri oleh para pegawai, guru-guru dan kakitangan serta pelajar-pelajar institut berkenaan.

    Antara tujuan majlis berkenaan adalah bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan Al-Quran dan akademik serta peperiksaan awam.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan persembahan Tausyeh oleh pelajar-pelajar institut berkenaan dan seterusnya ucapan daripada tetamu kehormat majlis.

    Acara disusuli dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar serta Anugerah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    ATAS & BAWAH: Pengiran Haji Amiruddin menyampaikan sijil penghargaan kepada para pelajar yang diraikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...