Sunday, October 2, 2022
24.1 C
Brunei

ITQSHHB Syukuri kejayaan graduan

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Majlis Doa Kesyukuran bersempena Haflut Takharruj ke-10 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah diadakan di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas hari ini.

Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan selaku pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haflut Takharruj ke-10 ITQSHHB.

Hadir sama ialah ahli-ahli Lembaga ITQSHHB dan ahli Jawatankuasa Akademik dan Peperiksaan Diploma Aliyah Qiraat para pengarah, pengetua, timbalan pengetua, pensyarah dan graduan yang diraikan.

Pada majlis itu, Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit turut menyampaikan ucapan yang mengongsikan kejayaan 19 orang graduan yang sangat membanggakan institut kerana mencapai 100 peratus lulus tiga tahun berturut-turut yang menurutnya perlu disyukuri dan berdoa agar kejayaan seumpamanya terus dianugerahkan kepada institut dan sebagai penanda aras kepada generasi siswa siswi tahfiz seterusnya.

Menurutnya, kecemerlangan tersebut sudah setentunya mempunyai disiplin yang sangat berharga iaitu menghendaki seorang pelajar menghafaz Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah, memelihara apa yang jua diterima oleh Rasulullah SAW sebagai seorang hamba Allah pemilik akhlak Al-Quran tanpa ada sikit pun sifat sombong riak dan seumpamanya.

Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim menyampai-kan sijil penghargaan kepada penaja dan ahli-ahli Jawatankuasa Haflut Takharruj ITQSHHB ke-10. – Gambar oleh Izah Azahari

Beliau turut menjelaskan perkembangan modal taranum yang mana empat tahun kebelakangan ini, sebahagian graduan telah mula menyertai musabaqah tilawah Al-Quran peringkat institut, belia dan dewasa kebangsaan.

“Di samping itu, aktiviti kokurikulum seperti kepimpinan, aktiviti kemahiran diri yang diusahakan bersama Pusat Pembangunan Belia (PPB) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah membuka ruang dan peluang kepada siswa dan siswi untuk explore dengan bakat kemahiran yang dimiliki,” tambahnya.

Langkah itu juga diharap akan memberi nilai tambah dan impak positif terhadap graduan institut ini ke arah pengeluaran modal insan yang berkualiti, marketable, berkepimpinan titih dan beungkayah tidak tertumpu sebagai seorang penghafaz Al-Quran.

Sehubungan itu, beliau menyeru siswa dan siswi institut terus memelihara Al-Quran di samping melibatkan diri dengan ujian Tasmie’ Al-Quran Negara Brunei Darussalam bagi kategori 10 juz, seterusnya 20 juz sehingga hafaz 30 juz dan menjadikan Brunei Darussalam dilimpahi dengan keberkatan Al-Quran.

Majlis diikuti dengan ucapan wakil graduan, Dayang Dalili Faiqah binti Nasaruddin, penyampaian anugerah cemerlang diploma ‘Aliyah Qiraat dan penyampaian sijil penghargaan kepada penaja serta ahli-ahli Jawatankuasa Haflut Takharruj ke-10.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -