ITQSHHB tangguh temu duga pengambilan pelajar baharu

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Berikutan situasi jangkitan COVID-19 pada masa ini dan sebagaimana nasihat yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) memaklumkan penangguhan tarikh-tarikh mengambil ayat hafazan dan pembelian buku hafazan Al-Quran serta temu duga hafazan pertama bagi pengambilan pelajar-pelajar baharu Tahun 7 sesi pengajian 2022 di institut berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ITQSHHB, sebarang perubahan tarikh dan maklumat mengenai perkara tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi pemohon yang belum diberikan nombor rujukan akan dihubungi oleh pihak ITQSHHB iaitu seminggu sebelum pelaksanaan tersebut jika memenuhi syarat-syarat kemasukan.

Bagi keterangan dan maklumat lanjut, boleh-lah dirujuk ke Bahagian Pendaftaran ITQSHHB, Kementerian Hal Ehwal Ugama di talian 2222090, 2222093 dan 2222096 atau e-mel melalui [email protected] atau melalui instagram Itqshhb.official, facebook Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, melalui WhatsApp di talian 8165297 atau telegram di Itqshhb rasmi.