Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    IU bekerjasama dengan G-Dragon dan Oh Hyuk

    SETELAH hit dengan lagu Through The Night, penyanyi sensasi IU kini bergandingan bersama Oh Hyuk menerusi lagu Can’t Love You Anymore.

    Dilancarkan pada 7 April lalu, lagu tersebut berjaya menduduki tangga pertama di enam carta muzik Korea.

    Malah dalam album keempat ini juga, IU bergandingan bersama G-Dragon menerusi lagu Palette.

    IU bakal melancarkan album terbaru berjudul Palette.
    IU bakal melancarkan album terbaru berjudul Palette.

    Berdasarkan senarai trek lagu yang dipetik dari portal AllKpop, IU menulis sendiri semua lirik lagu dalam album tersebut kecuali trek kesembilan iaitu Love Like That.

    Album Palette yang memuatkan 10 buah lagu bakal dilancarkan pada 21 April ini.

    Sebelum ini IU pernah menerbitkan tiga album iaitu Growing Up, Last Fastasy dan Modern Times.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda