Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    IU kongsi rezeki bantu golongan susah

    Penyanyi IU membuat sumbangan berjumlah kira-kira RM653,000 sempena menyambut ulang tahun ke-15 dia berkecimpung dalam industri seni.

    Jumlah tersebut diberikan kepada dua badan kebajikan iaitu Asan Foundation dan Seoul Metropolitan Child Welfare Association.

    IU menyampaikan sumbangan berkenaan di bawah nama UAENA di mana ia merupakan gabungan bersama kelab peminat.

    Sumbangan itu bakal digunakan untuk tujuan membantu kos perubatan wanita dan kanak-kanak penghidap kanser yang berdepan dengan masalah kewangan.

    Menerusi satu kenyataan dikongsi oleh IU, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah banyak menyokong kerjaya seni selain berharap sumbangan yang diberikan itu dapat memberi manfaat kepada golongan memerlukan.

    “Kita telah sama-sama mencipta keajaiban sepanjang 15 tahun ini. Saya ingin berkongsi sesuatu dengan penuh rasa syukur. – Agensi

    IU beri sumbangan RM653,000 sempena ulang tahun ke-15 jadi artis. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...