Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    IU sumbang derma sempena hari jadi

    Penyanyi terkenal IU menyambut hari lahirnya yang ke-30 baru-baru ini. Pada saat istimewa ini, penyanyi lagu Good Day itu sekali lagi membuat sumbangan dengan jumlah yang besar.

    Menerusi akaun Twitter rasminya, kekasih Lee Jong Suk itu diketahui telah menghulurkan sumbangan kepada empat yayasan berbeza dengan jumlah 250 juta won.

    Pemilik nama sebenar Lee Ji Eun menyumbang kepada Yayasan Kebahagiaan, Yayasan Hati ke Hati, KUMFA (Persatuan Keluarga Ibu Tanpa Kahwin Korea), dan KFSSC (Yayasan Korea untuk Sokongan Warga Emas yang memerlukan).

    Dia menderma wang itu dengan nama ‘IUAENA,’ yang merupakan gabungan nama IU dan kelab peminatnya, UAENA. IU berharap sumbangannya akan membawa manfaat yang besar.

    “Perkara yang saya pelajari daripada UAENA, perkara yang saya rasa melalui UAENA, dan perkara yang saya terima daripada UAENA akan sentiasa menjadi perkara yang membuatkan IU bergerak dan mengamalkan (kebaikan). Saya sayang kamu.

    “Terima kasih banyak untuk hari ini juga, ” dia menulis di Twitternya.

    Sudah tentu ini bukan kali pertama IU menderma, seperti yang diketahui, sejak bertahun-tahun lamanya, bintang Hotel Del Luna itu sering menyumbang wang dalam pelbagai detik penting.

    Sebelum ini pada 5 Mei, bagi meraikan Hari Kanak-Kanak di Korea Selatan, IU turut menyampaikan jamuan makan tengah hari berupa piza dan minuman, serta kek beras yang disediakannya bersama ibunya kepada pelajar dan guru di MIlal School.

    Peminat dan warganet nampaknya tidak habis-habis memuji kebaikan IU. – Agensi

    IU menghulurkan sumbangan kepada empat yayasan berbeza dengan jumlah 250 juta won. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...