Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ivan Gunawan tepis dakwaan bela anak patung

    Baru-baru ini nama pengacara dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan menjadi sebutan kerana membela dua anak patung sebagai anaknya sendiri.

    Susulan itu, ramai mengaitkan patung itu dengan perkara mistik dan dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan berdosa. Sehubungan itu, Ivan menegaskan bahawa dua anak patungnya iaitu Marvel dan Miracle dianggap sebagai kanak-kanak dan bukanlah boneka roh dengan kuasa mistik.

    Memetik laporan Liputan6, layanan istimewa yang diberikan kepada anak patungnya itu adalah salah satu cara dia melayan barangan kesayangannya.

    “Anak saya (anak patung) bukan anak syaitan, tiada kena mengena dengan syaitan, jin dan macam-macam lagi. Saya mendapatkan anak patung tersebut daripada Ruben Onsu.

    “Walaupun semua tahu itu adalah anak patung, tetapi setiap orang ada caranya untuk melayan sesuatu yang dia suka.

    “Minat apa yang dia suka,” katanya. Selain itu, Ivan tidak menghiraukan pandangan masyarakat terhadapnya serta menafikan dakwaan dia menyembah atau memelihara syaitan dan seumpamanya.

    Dalam pada itu, Ivan membandingkan dirinya dengan masyarakat umum yang juga mempunyai barangan kegemaran.

    “Mungkin ada juga yang suka bercakap dengan kereta atau motor mereka. Jadi mungkin bukan saya sahaja yang gila.” – Agensi

    Ivan menegaskan bahawa anak patung miliknya itu tiada kaitan dengan syaitan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...