Ivashka singkirkan Carreno Busta di Winston-Salem

WASHINGTON, 27 OGOS – Ilya Ivashka mempamerkan persembahan mengagumkan menerusi pukulan servis untuk menundukkan pemain pilihan utama, Pablo Carreno Busta, 7-6 (7/2), 6-3 kelmarin untuk mara ke pusingan separuh akhir kejohanan gelanggang keras ATP di Winston-Salem, North Carolina.

Ivashka, pemain berusia 27 tahun dari Belarus yang menduduki ranking ke-63 dunia, mengesahkan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas pemain pilihan untuk menempa tempat di pertemuan separuh akhir menentang pemain Finland berusia 22 tahun, Emil Ruusuvuori, yang menyingkirkan pemain pilihan ke-14, Richard Gasquet dari Perancis, 7-6 (7/5), 6-1.

“Sememangnya satu perasaan yang hebat,” kata Ivashka, yang mara ke final di Munich pada Mei lalu. “Saya bermain dengan baik hari ini. Suasana ini sangat sesuai dengan saya.”

Ivashka, yang berkata tekanan tertumpu kepada pemain ranking ke-12 dunia, Carreno Busta sebagai pemain pilihan utama, tewas hanya sembilan mata semasa pukulan servis dan tidak mencatatkan sebarang mata kemenangan.

“Saya rasa, saya bermain dengan sangat agresif dan saya tidak memberikan dia banyak masa, cuba untuk memaksa dia membuat pukulan dari garisan hujung,” kata Ivashka.

“Saya cuba bermain hampir dengan jaring bagi bermain dengan seagresif yang mungkin.”

Gasquet melakukan pukulan servis di set pertama menentang Ruusuvuori 5-4 tetapi berjaya dipatahkan, dan sebaik sahaja pemain Finland itu melengkapkan set dalam mata penentuan.

Dia menamatkan perlawanan dalam masa 93 minit dengan Gasquet bergelut semasa lewat perlawanan.

“Saya rasakan set pertama adalah tahap yang sangat tinggi,” kata Ruusuvuori. “Jelas sekali, kami menyaksikan dia tidak berada di tahap terbaik dari segi fizikal.”- AFP

Aksi Ilya Ivashka melakukan pukulan servis semasa bertemu Pablo Carreno Busta di ATP di Winston-Salem, North Carolina., kelmarin.- AP