Ivory Coast larang bantahan awam

ABIDJAN, 20 OGOS – Ivory Coast telah mengharamkan semua bantahan luar sehingga 15 September, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini selepas pertempuran sebelum pilihan raya presiden pada Oktober.

Kabinet lewat semalam ‘memutuskan untuk menggantung bantahan di kawasan awam, hanya membenarkan mereka di ruang tertutup sehingga 15 September,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Langkah itu ‘mengambil kira kesan dari segi manusia dan harta, daripada tunjuk perasaan sebelumnya dan risiko yang mungkin dicetuskan oleh konflik,’ katanya.

Pada 13 Ogos, bantahan marah meletus di hab ekonomi Abidjan, dan tunjuk perasaan di tengah bandar Daoukro bertukar menjadi pertempuran etnik berdarah, selepas Presiden Alassane Ouattara mengumumkan beliau akan bertanding untuk penggal ketiga.

Pengkritik Ouattara berkata pemimpin berusia 78 tahun itu hanya boleh bertanding sekali lagi pada 31 Oktober disebabkan pindaan perlembagaan 2016 yang memintas had dua penggal negara.

Keganasan tiga hari membawa kepada enam kematian dan 100 kecederaan, menurut angka rasmi yang disiarkan semalam.

Selain itu, 1,500 orang melarikan diri dari rumah mereka, 69 ditahan dan ‘pelbagai perbuatan merosakkan harta’ dicatat. – AFP