BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Kelab Wanita Antarabangsa Brunei Darussalam (IWCB) hari ini telah mengadakan majlis perpisahan bagi isteri kepada Duta Besar Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Supinya Suwanpradhes di Restoran Vanda, Hotel Mulia.
Pada majlis tersebut, presiden IWCB, Ungku Datin Hajah Fanzah binti Haji Osman dalam ucapan alu-aluannya menyatakan terima kasih kepada Supinya Suwanpradhes atas sumbangan serta sokongan kepada aktiviti-aktiviti sosial yang telah dikendalikan oleh kelab itu.
Sementara itu, Supinya Suwanpradhes turut berterima kasih kepada presiden dan para ahli jawatankuasa kerana mengadakan majlis ini serta hubu-ngan dan layanan baik sepanjang berada di negara ini.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan penghargaan terhadap beberapa inisiatif yang dilakukan oleh kelab terutama sekali acara tahunan Sungkai Ramadan untuk anak yatim di mana beliau berpeluang untuk menyertai sebanyak dua kali sepanjang beliau berada di negara ini.
Pada majlis itu turut menyaksikan Ungku Datin Hajah Fanzah menyampaikan hadiah kepada Supinya Suwanpradhes bagi pihak kelab IWCB.