Izara Aishah makin anggun bertudung

Kedatangan tahun baharu 1443 Hijrah memberi erti tersendiri buat pelakon Izara Aishah yang kini tampil bertudung.

Izara, 28, atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah mencuri perhatian pengikutnya apabila mengenakan pakaian yang lebih sopan selain bertudung labuh di Instagram.

Dia juga bertindak memadam gambar-gambar lama tidak bertudung di Instagram sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Dia yang tidak meletakkan apa-apa keterangan pada gambar turut menutup ruangan komen bagi perkongsian ini.

Dalam pada itu, Izara menerusi Twitter @Madame Izara memuat naik status meminta pengikutnya berkongsi gambar khimar (tudung) dan di mana dia boleh mendapatkannya selain berterima kasih terhadap doa buatnya.

Izara mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib Khalid, 33, yang juga anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.

Menerusi hasil perkongsian hidup selama hampir lima tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. – Agensi

Pelakon Izara Aishah yang kini tampil bertudung. – Agensi