Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Izzat muncul juara Bintang Search musim ketiga

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Setelah tersingkir pada minggu kelapan, Izzat tidak mensia-siakan peluang yang diberikan malah berjaya memberikan persembahan yang mampu memikat hati para juri dan juga penonton untuk menjuarai Bintang Search Musim ke-3.

    Izzat telah disingkirkan daripada pertandingan itu pada minggu kelapan dan dipanggil kembali oleh Hakim Dayat yang berkata, Izzat mempunyai banyak ciri untuk bergelar juara iaitu dari segi suara, kehadiran pentas malah menjadi pilihan ramai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Origin Artistic Management hari ini, gelaran juara ditentukan melalui peratus undian dan 50 peratus lagi dinilai melalui pemarkahan para hakim.

    Peluang diserap kembali dalam pertandingan itu telah membuatkan Izzat menggunakan peluang sebaik mungkin dengan memberikan persembahan melalui baki konsert yang ada.

    Beliau juga merupakan wildcard yang berjaya membuat persembahan pada konsert peringkat akhir dan beliau turut terdiam apabila hos Fatin Feisal dan Ian Zukifli mengumumkan pemenang.

    Pemenang Bintang Search Musim ke-3 bersama Dayang Suzannawati dan peserta lain. – Gambar serahan Origin Artistic Management

    Semasa Grand Finale itu, Ketua Pegawai Eksekutif imagine Sdn Bhd, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju menyampaikan anugerah kepada juara manakala Dayang Siti Kamaluddin menyampaikan anugerah kepada empat Bintang Search yang lain.

    Semasa persembahan solo di Grand Finale, semua finalis mempersembahkan lagu yang menonjolkan siapa mereka sebagai artis.

    Izzat mempersembahkan lagu Casablanca oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin untuk persembahan solonya manakala persembahan duet Purnama oleh Naim Daniel bersama Hakim Dayat.

    Manakala Rofini mempersembahkan I Want You Around oleh Snoh Aalegra yang menunjukkan gaya modennya, selari dengan muzik hari ini.

    Celeste pula terus menunjukkan kepelbagaiannya dengan menyanyikan lagu Sarah Geronimo, Forever’s Not Enough dan Jasrin mempersembahkan Bukan Dia Tapi Aku manakala itu, Hafiz mempersembahkan lagu Faizal Tahir bertajuk Sampai Syurga.

    Konsert Grand Final juga menampilkan tiga bintang dari Musim ke-2 iaitu Fizzon, Jabby dan Qasrina.

    Dayang Siti Kamaluddin melahirkan perasaan bangga dengan finalis yang mempunyai keunikan dan bakat tersendiri serta tidak sabar untuk menyaksikan perjalanan mereka dalam industri muzik Brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...