Izzo bantu kemenangan Torino

MILAN, 28 Jan – Pemain pertahanan Torino, Armando Izzo menjaringkan gol ketika Inter Milan terlepas peluang untuk merapatkan jurang ke atas pasukan tangga kedua Napoli dalam persaingan Serie A dengan kekalahan 0-1 di Turin sementara Roma turut mensia-siakan peluang, melepaskan tiga kelebihan jaringan untuk seri 3-3 menentang Atalanta, hari ini.

Izzo menanduk masuk satu-satunya gol untuk memastikan Torino kembali dalam rentak kemenangan selepas kekalahan hujung minggu lalu kepada Roma.

Inter sekarang ketinggalan lapan mata di belakang Napoli yang terikat seri 0-0 kepada AC Milan di San Siro pada Sabtu lalu.

Juara Juventus membuat kunjungan ke Lazio lewat semalam untuk melanjutkan pendahuluan mereka di persada Serie A kepada 11 mata, ketika mereka memburu Scudetto kelapan berturut-turut. – AFP