Monday, October 3, 2022
23.6 C
Brunei

Izzrin Irfan disihir?

-

Lama tidak dilihat muncul dalam mana-mana acara, penyanyi Izzrin Irfan mendedahkan dia terpaksa berehat lama selepas terkena ‘buatan’ orang sejak tahun lalu.

Menurut Izzrin atau nama sebenarnya Muhammad Izzrin Irfan, 21, perbuatan syirik yang ditujukan kepadanya itu membuatkan dia sentiasa putus asa dan takut dengan pandangan sekeliling.

Penyanyi lagu Aku Terima Nikahnya ini memberitahu keadaan dirinya kini semakin pulih selepas menerima rawatan. Namun buat masa ini dia masih belum ada perancangan untuk melakukan kemunculan semula dengan lagu baharu.

Dalam pada itu, Izzrin berkata dia mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pelindung diri kerana takut kehadirannya tidak disukai oleh orang lain dan gangguan itu berulang kembali.

Meskipun kerjaya seninya dilihat bergerak perlahan, Izzrin yang sebelum ini pernah menyertai program I Can See Your Voice ini percaya satu hari nanti bakatnya akan menyinar dan mendapat perhatian ramai. – Agensi

Izzrin lama menyepi dari dunia seni akibat buatan orang. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -