J-Hope beri sumbangan dana bantu kanak-kanak

Ahli kumpulan BTS, J-Hope telah membuat satu lagi sumbangan bijaksana!

Baru-baru ini, J-Hope menyumbang 100 juta won (kira-kira AS$84,350) kepada kanak-kanak yang memerlukan. J-Hope adalah ahli Kelab Nobel Hijau ChildFund Korea, yang terdiri daripada individu yang telah menyumbang sejumlah besar wang. Dia berkongsi, “Saya harap sumbangan itu disampaikan dengan baik kepada anak-anak terdedah kepada pelbagai masalah sosial, terutama anak-anak yang mengalami masalah kewangan akibat COVID-19.”

Pada tahun 2018, J-Hope menjadi ahli ke-14 Kelab Noble Hijau dan menyumbang 150 juta won (kira-kira AS$129,580) untuk menyokong kanak-kanak yang memerlukan dan membantu pelajar cemerlang untuk mengejar impian mereka.

Pada Februari 2019, penyanyi itu menyumbangkan 100 juta won untuk menyokong pelajar berpendapatan rendah yang menghadiri alma maternya dan menyumbangkan 100 juta won untuk membantu para pelajar tahun akhir pada bulan Disember.

Tahun ini, sumbangan J-Hope akan dihantar ke dana sokongan hidup kecemasan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah kewangan berikutan COVID-19. Dengan masalah tambahan yang disebabkan oleh hujan lebat dan banjir di Korea, sumbangan itu akan memberi sokongan besar kepada kanak-kanak dalam pelbagai situasi hidup yang sukar.

Selanjutnya, SBS funE melaporkan bahawa J-Hope melakukannya tanpa memberitahu orang lain. – Agensi

Ahli kumpulan BTS, J-Hope telah membuat satu sumbangan kepada kanak-kanak yang memerlukan. – Agensi