Tuesday, December 5, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    J-Hope dedah latihan tarian BTS

    Sepanjang lapan tahun karier mereka, ahli kumpulan BTS dikenali dengan etika kerja yang sangat profesional untuk menyempurnakan persembahan mereka.

    Menurut Koreaboo, J-Hope BTS menceritakan bagaimana kaedah latihan mereka berkembang dari semasa ke semasa.

    J-Hope menjelaskan bahawa setiap ahli kumpulan akan meluangkan masa mereka untuk berlatih dan akan bekerja dengan bersungguh selama berjam-jam yang boleh membebankan tubuh badan mereka.

    “Kami berlatih untuk masa yang lama, berulang-ulang kali, untuk sera-gam antara satu sama lain. Kami berlatih sekitar 10 jam, menilai persembahan kami, berehat sebentar dan kemudian kembali berlatih, berehat lagi dan kembali berlatih,” jelas J-Hope.

    J-Hope berkata latihan mereka menjadi lebih efisien tetapi tidak bermakna mereka dianggap kurang serius. Menurutnya, dia mengulas persembahan dengan pandangan yang lebih tajam kini dengan kejayaan dan perhatian yang diberikan pada BTS. – Agensi

    J-Hope menjelaskan setiap ahli kumpulan akan meluangkan masa mereka untuk berlatih dan akan bekerja dengan bersungguh selama berjam-jam. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Belarus, China terus tingkat hubungan

    BEIJING, 4 DIS – Presiden China, Xi Jinping, dan Alexander Lukashenko mengalu-alukan peningkatan hubungan hari ini, setelah mereka mengadakan perbincangan semasa lawatan kedua pemimpin...