Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    J Lo, Ben didakwa kembali bersama

    Penyanyi Jennifer Lopez dan pelakon Ben Affleck dilaporkan sudah kembali bersatu di tengah-tengah kontroversi perceraian mereka.

    Ini merupakan kali pertama mereka dilihat bersama secara umum sejak Jennifer, 55, memfailkan perceraian terhadap Ben, 52.

    Pasangan itu dilihat sedang makan tengah hari bersama anak-anak mereka di Hotel Beverly Hills, Amerika Syarikat kelmarin.

    Menurut sumber portal Page Six, Jennifer dan Ben kelihatan bermesra di hotel berkenaan dan duduk di meja berasingan dengan anak-anak.

    “Ben dan Jennifer kini berada di Polo Lounge di Hotel Beverly Hills sambil berpegangan tangan dan berciuman. Anak-anak ada bersama mereka, tetapi di meja yang berasingan.” katanya.

    Malah, terdapat rakaman pasangan itu berbual-bual di dalam kereta yang diletakkan di luar bangunan. Tidak terhenti di situ, Jennifer juga dilihat kembali memakai cincin pertunangan dan perkahwinan di jarinya.

    Sebelum ini pada 20 Ogos, Jennifer memfailkan cerai terhadap Ben dan turut menyenaraikan tarikh perpisahan mereka pada 26 April lalu.

    Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta. Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003. Ia perkahwinan keempat untuk Jennifer dan yang kedua Ben. – Agensi

    Ben dan Jennifer berjumpa secara umum buat kali pertama sejak kes cerai mereka. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda