Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Jaa Sazuran akui diri tak sepadan dengan Melissa Th’ng

    Seringkali ditanya soal jodoh dan pasangan hidup, bekas penyampai radio, Jaa Suzuran mengakui masih belum mempunyai teman wanita.

    Jaa atau nama sebenarnya Mohamad Fizal Ahmad, 28, berkata, dia juga masih mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan calon isteri.

    “Saya sama saja macam sebelum ini masih seorang, masih lagi tidak berpunya tapi tengah berusaha untuk mencari, belum sampai masanya lagi.

    “Mungkin masa saya masih bersama dengan keluarga tapi InsyaAllah tahun ini kita cari sampai jumpa,” katanya kepada wartawan.

    Jaa ditemui pada sidang media selepas pelancaran tayangan perdana drama Dongibab yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Jaa akui hubungan dengan Melissa hanya sekadar kawan. – Agensi

    Dalam pada itu, mengulas hubungan rapat dengan penyampai radio Melissa Th’ng, Jaa berkata mereka hanya kawan baik.

    “Status saya dengan Melissa hanya berkawan sahaja, memang rapat dan senang bekerja dengan dia.

    “Melissa ni memang la sesuai, dia ni cantik dan baik orangnya. Tapi kena faham saya kan jenis kampung sikit tak sesuai la kot,” ujarnya.

    Sementara itu, bercakap tentang drama Dongibab, Jaa berkata, dia berasa tercabar kerana terpaksa membawa watak yang lain daripada yang pernah dibawa sebelum ini.

    “Susah bagi saya pada mulanya nak bawa watak serius sebab saya jenis yang rancak-rancak.

    “Saya jenis yang cakap pun laju, tapi watak ni saya kena tone down sikit. Senyum dua tiga kali je boleh. Tapi saya kena belajar jugak, sampai bila nak duduk dalam ruang selesa saja,” katanya.

    Drama Dongibab yang akan ditayangkan pada 24 hingga 29 Januari turut dibintangi oleh Fattahzie, Daddyhood dan Ellya Keesha. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...