Jabatan Buruh kemas kini nombor talian buat temu janji

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Merujuk pemakluman perkhidmatan perjumpaan secara temu janji melalui tempahan yang bermula pada 1 Disember 2021, Jabatan Buruh memaklumkan kemas kini nombor-nombor talian telefon bagi membuat temu janji iaitu 2380256, 2381907, 2383905 atau 2383 006.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Buruh menjelaskan lanjut bahawa nombor sambungan bagi Bahagian Kewangan ialah 2301, 2302 atau 2300, Bahagian Lesen Pekerja Asing ialah 3211 atau 3200, Bahagian Lesen Perkhidmatan Domestik ialah 3103 atau 3104, Bahagian Agensi Pekerjaan melalui 1074 atau 2102, Bahagian Pampasan melalui 2203 atau 2205 dan bagi Bahagian Kajian dan Perangkaan (Banci) pula ialah 4503 atau 4504.

Manakala itu, nombor talian bagi Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang adalah 2381848 atau 7298989, Jabatan Buruh cawangan Daerah Belait di talian 3331549, Jabatan Buruh cawangan Daerah Tutong di talian 4221408 dan Jabatan Buruh cawangan Daerah Temburong pula ialah 5221256.