Thursday, November 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Jabatan Daerah Temburong turut semarak Maulidur Rasul

    TEMBURONG, 29 OKT – Jabatan Daerah Temburong tidak ketinggalan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan Ceramah Maulidur Rasul yang berlangsung secara maya, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubararak bin Pengiran Haji Hashim.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Bokok, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Temburong.

    Acara telah dimulakan dengan bacaan Sayidul Istifigar dan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebelum diikuti dengan ceramah bertajuk ‘Kecemerlangan Kepimpinan Berlandaskan Sunah Rasulullah’ yang disampaikan oleh Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak.

    Antara tujuan ceramah berkenaan adalah untuk memeriahkan dan menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul tahun ini di samping sebagai tanda memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    Antara yang turut serta mendengar Ceramah Maulidur Rasul anjuran Jabatan Daerah Temburong. – Gambar serahan Jabatan Daerah Temburong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...