Jabatan Daerah Tutong umum penutupan perkhidmatan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Berikutan kenyataan media Kementerian Kesihatan bertarikh 7 Ogos, berhubung situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Daerah Tutong memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunternya ditutup bermula hari ini hingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Daerah Tutong menyatakan bahawa semua urusan hendaklah dibuat secara janji temu terlebih dahulu dengan hanya urusan segera dan penting sahaja akan diterima di mana janji temu hanya akan diaturkan untuk sebelah pagi sahaja.

Bagi syarikat-syarikat yang hendak membuat urusan tuntutan, hendaklah mengimbas dokumen berkenaan dan menghantar memalui e-mel [email protected] untuk diproses oleh Unit Kewangan ataupun memasukkannya ke dalam drop box yang disediakan di ruang lobi, tingkat bawah jabatan tersebut.

Kenyataan seterusnya memaklumkan bahawa segala persuratan yang dihadapkan ke Jabatan Daerah Tutong bolehlah diimbas dan dihadapkan ke jabatan itu melalui e-mel berkenan dan dokumen fizikal dihadapkan kemudian.

Walau bagaimanapun, persuratan yang berklasifikasi tahap sulit dan ke atas adalah dikecualikan dan hendaklah dihadapkan seperti lazimnya.

Manakala itu, nombor-nombor perhubungan bagi Bahagian Eksekutif adalah di talian 4222491 sambungan 165/169, Bahagian Perkhidmatan Korporat di talian 4222491 sambungan 137/158, Unit Kewangan di talian 4222491 sambungan 130/157, Unit Perumahan di talian 4222491 sambungan 139 atau e-mel ke [email protected], Unit Perhubungan Awam di talian 4222491 sambungan 162, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan di talian 4222491 sambungan 133, Bahagian Institusi Mukim dan Kampung di talian 4222491 sambungan 118 dan Bahagian Kemajuan dan Pembangunan Daerah di talian 4261646.

Kenyataan menyatakan bahawa bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Daerah Tutong di talian 4222491/2/3/4/5.

Jabatan Daerah Tutong sangat mengharapkan kerjasama daripada semua orang dan pihak jabatan juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.