Jabatan Hal Ehwal Masjid terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama terus menerima sumbangan dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 terutamanya di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

Sebanyak 46 botol pencuci tandas, 19 botol peluntur, enam botol pencuci lantai, 55 botol pencuci cermin, 17 botol hand sanitizer dan 53 botol sabun pencuci tangan telah disumbangkan oleh sebuah keluarga persendirian.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Turut hadir menyaksikan penyampaian sumbangan tersebut ialah pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Semoga dengan adanya usaha seumpama ini dan kerjasama semua pihak, wabak COVID-19 akan dapat ditangani dengan segera dan berdoa agar Allah mengurniakan kesembuhan kepada pesakit dan melindungi semua sekali gus terhapus wabak dahsyat tersebut dari bumi ini.

Haji Amir Hisham ketika menerima sumbangan daripada sebuah keluarga persendirian.