Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Hidupan Liar Sabah pantau rapi keadaan Puntung

    KOTA KINABALU, 10 April – Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) memantau dengan rapi keadaan Puntung, badak Sumatera betina yang mengalami kesakitan kerana terdapat abses di bahagian dalam rahang atasnya sejak lima hari lepas.

    Puntung adalah antara tiga ekor badak Sumatera yang terdapat di Malaysia.

    Dalama satu kenyataan, pengarah SWD Augustine Tuuga berkata walaupun keadaan Puntung semakin baik, tetapi haiwan itu masih sakit teruk.

    Puntung berada dalam keadaan teruk pada 6 dan 7 April serta tidak berselera untuk makan dan kelihatan lemah.

    “Biasanya, ia makan kira-kira 30 kg daun dan rumput segar setiap hari,tetapi pada 7 hari bulan (April), lubang hidung kirinya sering mengalami pendarahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Bagaimanapun, menurut Tuuga, pada 8 April, keadaan Puntung mula menunjukkan tanda semakin pulih apabila tiada lagi pendarahan dan haiwan itu, yang dijaga di Santuari Badak Borneo di Rizab Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu, menjadi semakin aktif. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda