Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Jabatan Keadilan AS minta kebenaran Kongres guna aset Rusia bagi keperluan Ukraine

    MOSCOW, 4 SEPT – Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) sedang memohon kebenaran daripada Kongres untuk menggunakan aset Rusia yang dibekukan bagi keperluan Ukraine, lapor Sputnik, memetik Timbalan Peguam Negara AS, Lisa Monaco.

    “Kami memohon kebenaran Kongres untuk membenarkan kami menggunakan hasil (aset beku Rusia) bagi faedah rakyat Ukraine,” kata Monaco kepada CBS News kelmarin apabila ditanya apa yang perlu dilakukan dengan aset Rusia yang dibekukan.

    Pada Julai, kumpulan G7 dalam pengisytiharannya menegaskan bahawa aset Rusia akan kekal dibekukan sehingga Moscow membayar pampasan kepada Kyiv untuk ‘kerosakan’ yang telah ditimbulkan semasa konflik.

    Negara-negara Barat telah membekukan rizab mata wang asing Rusia dan menghentikan pembayaran antarabangsa daripada bank Rusia sebagai sebahagian daripada sekatan terhadap Moscow selepas ia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari 2022.

    Moscow berulang kali menyatakan bahawa cubaan merampas aset Rusia yang dibekukan adalah rampasan harta yang melanggar undang-undang antarabangsa. 

    Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov mendakwa bahawa Rusia akan melakukan segala yang mungkin untuk memperoleh semula aset itu, memandangkan rampasan yang dilakukan tidak sah. – Bernama

    Peguam Negara, Merrick Garland diiringi oleh Timbalan Peguam Negara, Lisa Monaco bercakap semasa mesyuarat di Jabatan Keadilan di Washington, 14 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...