Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Majlis Ugama Islam tutup kaunter

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Dalam usaha bersama membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini, Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa semua perkhidmatan kaunter jabatan berkenaan dan cawangan-cawangannya di Daerah Belait, Tutong dan Temburong ditutup buat sementara waktu mulai esok (21 Mac) hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Sebarang permohonan, aduan dan pertanyaan bolehlah dibuat melalui talian telefon seperti berikut 2382301 atau 2382302 sambungan 714 atau 2321335 (Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, Bandar Seri Begawan), 2382301 atau 2382302 sambungan 101 (Bahagian Kewangan dan Perakaunan), 2381087 (Bahagian Pentadbiran, Bahagian Mesyuarat, Bahagian Wakaf dan Baitulmal dan Bahagian Undang-Undang) 3330713 sambungan 207 / 209 (Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, Daerah Belait), 4221487 sambungan 30 (Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat Daerah Tutong), 5221597 atau 5221596 (Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat Daerah Temburong) serta melalui e-mel muib@mora.gov.bn.

    Jabatan dalam kenyataannya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda