Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Jabatan Penerangan bermuzakarah di Mukim Seria

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Selaras dengan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan, Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait telah mengadakan Program Muzakarah Penerangan bersama penduduk Mukim Seria, di Dewan Serba-guna, Pusat Insani Seria, hari ini.

    Muzakarah yang menjurus kepada mendekati masyarakat secara turun padang dan bersifat bersua muka itu dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

    Sementara itu, ahli-ahli panel muzakarah terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan dari jabatan-jabatan kerajaan.

    Antara perkara-perkara yang dibangkitkan adalah mengenai prasarana, isu-isu kebersihan, alam sekitar dan lain-lain.

    Program tersebut diharapkan akan dapat merapatkan lagi hubungan mesra yang terjalin antara kerajaan amnya dan Jabatan Penerangan khususnya dengan penduduk mukim.

    Dayang Siti Bismi Nuruliman mempengerusikan Muzakarah Penerangan bersama penduduk Mukim Seria. – Gambar serahan Jab. Penerangan
    Sesi bergambar ramai pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan bersama ketua-ketua kampung di Mukim Seria.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...