Monday, May 29, 2023
24.3 C
Brunei

    -

    Jabatan Penerangan rai ulang tahun ke-71

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Sempena memperingati penubuhannya ke-71, Jabatan Penerangan di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan jabatan yang telah bersara dan wakil-wakil media, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Setia Negara, Jabatan Penerangan itu ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Haji Mahmud Hafidzie bin Haji Ali Mashod dan diteruskan dengan persembahan Selawat Tafrijiyyah oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan, bacaan Surah Yasin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran dibacakan oleh Pengiran Arsul bin Pengiran Haji Abdul Momin.

    Menurut kenyataan yang diterima, Jabatan Penerangan mencecah usia 71 tahun pada 1 April 2023 dan sejak penubuhannya, pelbagai perkembangan dan kemajuan telah dicapai dalam usahanya membudayakan masyarakat bermaklumat.

    Di samping itu, jabatan itu menggalas tanggungjawab sebagai peneraju dalam pembarigaan maklumat rasmi berteraskan Melayu Islam Beraja yang sahih, berkualiti, cepat, tepat dan berwibawa untuk menyerlahkan imej raja dan negara, bagi mendukung Wawasan 2035, melalui pemerkasaan penyebaran maklumat rasmi ke arah mengukuhkan perpaduan bangsa dan kesejahteraan negara.

    Jabatan itu juga tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan Revolusi Industri keempat dalam usahanya untuk membarigakan dasar, program dan aktiviti kerajaan dengan memperkenalkan dan menggunakan media sosial terdiri daripada seperti Facebook, Instagram dan Twitter di samping aplikasi mudah alih telefon bimbit, InfoDept.BN dan We ASEAN.

    Beberapa program sempena sambutan penubuhan Jabatan Penerangan antaranya Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja dan sesi motivasi bagi Warga Jabatan Penerangan.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Pengarah Radio Televisyen Brunei, Haji Azman bin Haji Abdul Rahim dan Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini serta pengurus-pengurus am dan beberapa wakil media.

    Dayang Siti Bismi Nuruliman semasa menyampaikan sijil penghargaan dan cen-derahati kepada salah seorang penerima.
    Antara warga Jabatan Penerangaan dan wakil media yang hadir pada majlis tersebut.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -